Lumpuh Saraf Muka, Sakit Gigi, Sawan, Sakit Sendi, Dipatuk Ular, Ubat Lepas Berkhatan Sembuh Dengan Pokok Ajaib Ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Pokok jarak atau lebih dikenali dengan nama pokok jarak pagar kerana sering kali dijadikan pokok penghias pagar memang banyak terdapat sama ada di kawasan tanah tinggi atau rendah.

Pokok yang tergolong dal4m keluarga Euphorbiaceae ini mempunyai pelbagai nama daerah seperti jarak putih dan jarak belanda.

Nama lain tumbuhan ini adalah Barbados nut, Big-purge nut tree, Curcas bean, Kukui haole, Physic nut, Purge nut, Ratan jyot dan Purgeboontjie.

Jarak atau nama botaninya Jatropha curcas berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika.

Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi ekonomi. Pokok jarak amat penting dari segi kegunaan dal4m perubatan tradisional.

Dikatakan semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan tumbuhan ini kerana keseluruhan pokok terutama buahnya adalah beracun dan hanya boleh digunakan dalam pemakaian LUARAN sahaja.

Kini, dengan teknologi terbaru, siapa sangka pokok jarak mampu bahan komersil, iaitu alternatif kepada minyak petrol untuk kegunaan automobil.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga lima hingga tujuh meter. Ia mempunyai batang yang tebal dan mempunyai susu getah. Batang jarak pagar boleh dilihat sebagai berkayu dan bertangkai bulat.

Bahagian aktif yang terdapat di dalam pokok jarak adalah curcin (sejenis toxalbumin). Antara bahan lain yang terdapat dalam pokok ini adalah asid gliserid (hampir menyerupai asid ricinoleik dan krotonoleik), hidroksiforbol ester (sejenis minyak puratif dan perengsa), hell oil, pinheon oil, asid hidrosianik, amyrin, sitosterol, glukose, fructose, galactose, asid oleic, linoliek dan lain-lain lagi.

Daun jarak pagar adalah lebar dengan sisi berlekuk-lekuk dan berwarna hijau tua. Tumbuhan ini juga mempunyai buah berbentuk bulat atau bujur telur dan berwarna hijau pekat yang akan bertukar kuning apabila matang.

Permukaan kulit buah tersebut adalah licin atau gondol. Pada satu tangkai akan terdapat tiga hingga lima biji buah. Ini dipercayai batangnya beracun kerana mengandungi alkolaid dan bahan-bahan lain.

Getah pokok jarak pagar yang berwarna kekuningan digunakan sebagai ubat kepada telapak kaki yang terkena kutu air dan pacak.

Caranya adalah dengan menitiskan pada celah-celah kaki yang terlibat. Selain itu dikatakan getahnya daripada batang pokok jarak pagar juga boleh menghilangkan kesakitan buat kanak-kanak yang baru lepas berkhatan.

Getah pokok jarak ini juga dikatakan boleh mengurangkan pembengkakan barah atau bisul mulut dan boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yg sakit. Kulit batang pokok jarak pula boleh disapu pada bekas gigitan ular dan salah urat terkehel.

Daun pokok jarak boleh digunakan sebagai penyubur rambut dan pelega luka. Caranya adalah degan menumbuk lima helai daun pokok jarak pagar yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Kemudian sapukan ke kepala.

Akar dan daun juga boleh digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit. Buah jarak pagar apabila dimasak pula akan mengeluarkan minyak yang berwarna kuning tetapi ia agak beracun.

Dipercayai minyak hasil buah jarak pagar yang telah diproses apabila dicampurkan dengan belerang boleh mengubati luka-luka ringan.

Selain kegunaan besar pada getah, batang dan daun, mana-mana bahagian pokok juga boleh dijadikan barut bagi wanita lepas bersalin. Caranya adalah dengan menggiling bahagian pokok terutama daunnya, sehingga lumat.

Pokok jarak juga berkesan sebagai penawar penyakit rhuematism. Cara rawatannya dengan menumbuk daunnya hingga halus dan dan dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang sakit dan balut.

Perubatan moden juga ada menggunakan ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti hernia, kanser, gonorrhea, lumpuh, siplis dan tetanus (kancing gigi), athritis dan boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit kelamin.

Lumpuh Saraf Muka, Sakit Gigi, Sawan, Sakit Sendi, Dipatuk Ular, Ubat Lepas Berkhatan Sembuh Dengan Pokok Ajaib Ini! 2

Orang Cina menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan menghancurkan dan digosokkan di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin.

Sesetengah puak di Afrika menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah jarak dalam pembuatan sabun dan lilin.

Di Filipina pula, akar pokok jarak pagar digunakan sebagai racun ikan. Biji buah jarak yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit boleh dijadikan sebagai racun tikus.

Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya.

Kesan Keracunan

Jika anda terkena susu getah daripada pokok jarak pagar boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis.

Jika termakan buah pokok jarak pula, anda akan mengalami tanda-tanda keradangan pada sistem pemakanan seperti sakit perut dan kesan terbakar pada tekak dalam masa setengah jam. Ini akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti rasa loya, muntah dan cirit-birit yang mungkin mengandungi darah.

Lain-lain tanda yang boleh terjadi ialah kekurangan air, kegagalan fungsi jantung akibat pendarahan di dalam perut dan kerencatan sistem saraf pusat.

Jika anda tertelan mahupun termakan buah atau getah pokok jarak pagar ini, apa yang boleh anda lakukan adalah minum air atau susu bagi tujuan melarutkan racun.

Jika tidak berkesan, hendaklah segera mendapatkan rawatan – Sumber: Laman Seri.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Cari Berita ?

Mau Lihat Arsip ?

Arsip Berita Kami

Tentang Kami

JARINGAN INDONESIA

Mengabarkan Fakta, bukan Hoax

“Portal Jaringan Indonesia, Portal berita berskala nasional mengusung platform berita dan video. Berita mengabarkan berita terbaru dan cepat melalui proses jurnalisme ketat, sementara video memberikan hiburan dan pengetahuan kepada pembaca ”

Kontak

  • Jl. Tamalate IV No. 15 Kelurahan Kassi-kassi Kecamatan Tamalate Kota Makassar
  • jaringanindonesiasatu@gmail.com
  • 081242503719